Friday, March 16, 2012

bapa

..::Bismillah::..

"hai kawan"

"hai"

"kau nak tahu sesuatu tak tentang diri kau?"

"mestila nak !" sambil memberikan senyuman segaris .

"kau bodoh" dengan raut wajah yang sangat tenang .

"tapi kenapa ? sampai hati kau buat aku macam ni ?" dengan nada yang amat kecewa .

"dah semalam kau kata kau benci ayah kau . kau tak tahu kenapa ayah kau susah sangat nak faham kau . sebab itu laa aku kata kau bodoh dalam pandai"

"tapi betul apa" dengan muka yang sangat mengharap akan dibela .

****************************************************

kau tahu , aku pernah baca diari seorang bapa . yang pasti dia bukan bapa aku .
dalam tu ada tertulis luahan hati seorang bapa terhadap 8 orang anaknya yang sudah besar kesemuanya .

'mengapa seorang bapa , mampu dan akan cuba sedaya upaya untuk memahami diri kepalan lapan orang anaknya dan juga isterinya . tidak termasuk cucunya , ibunya , dan teman temannya . sedangkan tidak ada seorang anak pun yang cuba untuk memahami dirinya . mengapa ?'

kawan , kau sibuk kata bapa kau suka marah kau . tapi ada kau ambil tahu apa sebabnya ?
malah rezeki yang kau dapat hasil titik peluh ayah kau tu , kau rasakan seperti kau tetap
akan dapat walaupun tanpa penat lelah ayah kau . inikah yang kau panggil anak ?
kau hanya nilai ayah kau berdasarkan apa yang kau lihat . kau langsung tidak
pernah untuk cuba mendalami apa yang ayah kau lalui dan rasai . kepahitan . keletihan . kesengsaraan .
pernah ? aku  fikir tidak .

ibu . apa apa hal kau lebihkan ibu . yaa . aku tak menafikan kau perlu sayang ibu lebih dari kau sayangkan ayah . tapi apa yang kau buat pada ayah kau itu langsung tidak dapat menggambarkan bahawa kau sayang ayah kau . itu bukan sayang namanya .

kalau kau ada berita gembira .. kau ceritakan pada ibu .
kalau kau ditimba musibah .. kau mengadu pada ibu .
kalau kau perlukan dorongan  .. kau minta pada ibu .
kalau kau inginkan perhatian .. kau cuba untuk curi perhatian ibu .

habis , apa guna kau ada ayah ? sedangkan ayah kau sedaya upaya memberikan kasih dan sayangnya untuk kau . kau pula ? sebab itu aku kata kau bodoh .

kalau kau masih gagal untuk mengerti , aku rasa kau perlu tunggu sehingga kau dapat ramai anak dan anak anak kau semuanya seperti kau sekarang ini . langsung tidak memahami diri dan tidak menghargai sebuah pengorbanan daripada seorang bapa . kan ? tapi aku harap tidak . aku mohon kau sentiasa belajar dari kesilapan . jangan ulang kesilapan yang sama . buatlah kesilapan yang baru . kerna itu tandanya kau sedang belajar . mungkin . hakhak .*perenggan ini aku baru tambah*



-aku harap sampai mesejnya . aku harap tiada salah sangka . aku dan ayah aku baik baik saja . mesra lagi :D

dulu rumah abah di gombak . sekarang sudah di kuantan . kesian abah . aku rindu abah . tak kira abah berada di mana sahaja .

sekian ,
ai~

silam. bila aku pusing belakang. buat aku sayu.

..::Bismillah::..



haa , ini sebuah sesi kopi dan pasta aku dari abang aku punya blog . tapi aku takkan olah . dah dua tahun dia post pasal benda ni . tapi aku masih ingat . dan mungkin post aku yang berjudul "aku ada dua abang" berinspirasikan daripada post ini . harap kau bahagia :)

silam. bila aku pusing belakang. buat aku sayu.

Masa aku hendak sembahyang Jumaat tadi, aku ada lihat pasangan adik beradik. Seorang abang dan seorang adik. Mirip upin dan ipin. Ouh, aku tiada adik lelaki yang masih kecil. Kalau aku kata mereka comel, maknanya, mereka benar benar comel. Tiada gejala memuji ahli keluarga berlaku. :P


Ye. Sangat comel.


Abang yang tinggi sikit. Dan si adik rendah banyak. Abang pakai baju melayu warna kuning. Adik warna hijau. Aku harap tak salah.


[khatib sedang baca khutbah dalam nada yang boleh buat semua orang tertidur. Aku kagum. Tapi aku tak tidur sebab aku tengah tonton drama ‘upin dan ipin’ secara live depan mata. Mana mahu lepas]


Si adik buat buat tertidur. Buat buat terlentok atas bahu abang. Wah! Aku jerit kuat dalam hati. Kiut laaaa haaaaiiii~


*toink*toink*


Si abang dush dush kepala adik dia. Eurgh… [cemburu]


Habis khutbah. Kami solat.


Aku tak khusyu’ langsung. Mereka ada depan aku lagi.
Main tolak tolak tengah sembahyang. Ketawa ketawa. Cuit cuit.


Tiba tiba aku teringat kisah masa aku masih kecil. Dalam adik beradik aku, hanya ada 2lelaki.


Aku dan adik aku.


Kami sangat takut abah. Aku lagi lah. Kalau aku ada rasa tidak puas hati sama adik aku, aku akan cubit dia kuat kuat masa tengah sembahyang dengan abah. Waktu abah imam dan kami makmum. Aku tahu dia tidak akan nangis.


Dia akan tahan.


Tahan


Sebab abah sangat marah kalau kami buat hal ketika solat. Adik aku tidak berani. Aku selalu perasan air mata dia jatuh. Tapi tiada bunyi.


Dia pelapor yang hebat. Aku selalu bayangkan dia macam razif dalam cerita anak anak sidek. Dan aku anak yang nakal macam misbun. Selalu buat hal dan selalu kena pukul.


Tapi aku gembira. Sebab ummi aku akan pujuk aku lepas tu.


Bila dah besar. Dan aku lihat mesranya budak budak tadi, aku rasa kasihan pada adik lelaki aku. Maaf. Aku tak dapat beri kau bahagia macam budak budak lain.


sayang abang aku . *doaku agar dia tak baca . haru jadi . hakhak*

Thursday, March 15, 2012

Lembaran Baru .

..::Bismillah::..

yaa , aku pun tak tahu apa kaitan tajuk dengan cerita yang bakal aku kongsikan . ini pun , aku main tulis saja . untuk meningkatkan tahap penulisan aku mungkin . aku kan bakal menduduki Sijil Paling Mudah . jadi , aku harus sentiasa berwaspada . nah , nikmatilah sedikit cereka dari aku . untuk kau .

kawan , sama ada kau sedar atau tidak , aku tak pernah melafazkan lafaz atau kata cinta dan aku langsung tidak pernah memberitahu siapakah insan yang aku cinta sebenarnya pada orang lain selain aku walaupun pada kawan paling aku rapat dan percaya sekali pun dalam keadaan aku sedar dan memang aku berniat untuk menyatakannya . oleh sebab itulah saat ketika kau kata "hehe.kantaoi! .... kau ada perasaan kat aku" aku hanya mampu terdiam . kerana aku tak tahu apa sebenarnya yang sedang bermain di lubuk hati juga di benak fikiran aku . saat itu lidah aku kelu . jantung bergedup kencang . hati aku berdebar . hormon dirembeskan secara automatiknya bagi menghilangkan rasa gugup dan gementar itu *science f4 . haha* .kemudian aku cuba menenangkan diri dengan menyatakan bahawa aku tak faham . aku bukannya sengaja berbuat sedemikian rupa . kerna itulah prinsip aku . walau apa pun jawapan aku , sama ada mampu membuat kau melonjak gembira . ataupun membuat kau berasa gundah dan berduka . aku tetap tidak akan memberikan jawapan . kerana aku perlu menjaga hati kau . hati yang aku harap aku takkan lukai walaupun sedikit . fahamilah ..

cewahh . haha . emm , aku rasa ini macam bukan cereka , bukan cerita , malah jauh sekali dengan cerekarama . aku rasa , kisah ini tiada kaitan dengan mana mana insan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia . tapi untuk orang yang bakl hidup , aku tak tahu . hailaa . aku ingat dah panjang . rupanya masih pendek . tidak mengapa . asalkan aku sudah melaksanakan tanggungjawab selaku pemilik blog usang ini . alhamdulillah habuk habuk sudah dapat dibersihkan . doakan aku sentiasa kuat dan istiqamah di jalanNya . saaayang semua :D

-hati hati dengan hati-

Monday, December 12, 2011

lagu xpert :D

..::Bismillah::..

haa , lain macam kan bunyinya ? haha , takdela , masa dalam perjalanan ke xpert , aku asyik teringatkan lagu ini . jadinya , sepanjang perjalanan ke xpert tu aku dengar laa lagu ini . alhamdulillah mp3 dah di charge sepenuh hati . terima kasih kepada orang yang menghadiahkan sony mp3 itu . haha . abir dengar al-imran lagi banyak dari lagu ni tau masa tu . nak mudah hafal :D

aku . rindu . xpert . selagi luka dijari ini masih terasa , selagi itu rinduku takkan terhenti . cewahh .

-dengankuasamu-
lagu xpert :D

Sunday, December 11, 2011

xpert

..::Bismillah::..

rindu . tak pernah aku rindu program macam ni sekali . entah kenapa . mungkin kerana pengorbanan yang perlu dilakukan yang sudah pasti menjanjikan saat saat manis . mungkin juga kerana ukhuwwah yang terjalin antara teman teman disana dan mungkin juga kerana ahli dan pengiring kumpulan aku yang hebat .

haa , kumpulan . yaa , mula mula memang aku agak terkilan bila kena campur . tapi bila aku fikir balik , mungkin ada juga hikmahnya . yaa , hidup ini perlu saling melengkapi . bila dah mula aktiviti bersama kumpulan , aku rasa sangat bersyukur kerana mereka semuanya hebat . kagum aku dibuatnya . bermula dengan pengiring . abang hasif . dia dah macam ketua kumpulan . memang terbaik . kesian pula dibuatnya .

banin , haha memang tak perlu cakap laa kan ? bila dah tahu checkpoint seterusnya , kalau boleh semua nak berlari . masa itu emas bukan ? masa kais , semua nak buat kerja . kerana kerjasama itu penting , pentingkan diri sendiri langsung tidak wujud dalam setiap individu antara kami berlima .

banat pula , sangat hebat . yaa , tanpa mereka , munkin duit kami 0 masa kais . haha , jika diingat kembali , hanya banat kumpulan kami sahaja yang hiper power . aku tak tahu la mereka ni makan apa sebelum ke explorace . stamina gila haram . kalau lelaki lain laa . hebat hebat .

kumpulan : johor A
pengiring : abang hasif hishamuddin
kami : abdullah , wan , abir , izzat , qawim , radhiah , jihan , hidayah , najwa , basyirah .

[mungkin lepas ni aku post lagi pasal xpert ni . dengan lebih terperinci mungkin . haha . tapi itu semua dengan izinNya , insyaAllah]

sayaang kalian . dah lama aku berhasrat untuk turut serta dalam program macam ni . baru kali ini diizinkanNya . Alhamdulillah .

Tuesday, December 6, 2011

aku ada dua abang ? :D

..::Bismillah::..

hmm , aku ada dua abang ? haha , satu abang original , satu lagi orang yang diangkat sebagai abang oleh aku . tapi bagi dia aku tak tahu laa . harapnya yaa :D

abang uqbah .
yaa , itu abang original aku . memang satu keturunan . satu satunya abang yang aku ada kat dunia ni . aku memang tak nak berpisah dengan dia . tapi aku segan dengan dia . haha , aku memang segan dengan dia . aku sayang dia diam diam je . lagi lagi masa kecil dulu . pehh , memang segan , takut , semua ada laa . haha . Alhamdulillah sekarang dah tak segan segan bodoh macam dulu . tapi hormat dan sayang tu masih setia untuk dia . haha . masa kecil dulu , aku paling takut kalau kena cubit dengan dia . tumbuk tak sangat . sebab dia macam tak pernah nak tumbuk aku kot . haha , tapi aku rasa , sampai sekarang aku masih takut lagi kalau kena cubit dengan dia . sakit tau . fuhh , haha , tapi sekarang aku pun boleh tahan kuat cubitnya . nak try ? haha . walauapapun , aku masih ingat lagi masa dia nak ambil PMR . kadang aku tersadar dalam jam 3 pagi , dia masih belajar , tak pun solat . agak agak bila laa aku boleh jadi serajin itu ? haa , tapi setakat ni , result periksa besar aku , memang tak pernah lari dari dia punya . sama je . doa doa SPM punya result aku dapat yang jauh lebih baik dari dia punya walaupun dia punya dah cukup baik sebenarnya . 10 A1 , 1 A2 . dulu aku nak ambil sains tulen sebab aku minat physics dan aku nak masuk darul quran macam dia . series aku nak jadi alhafiz . yaa , mungkin bukan disitu tempatnya . dia guru terhebat mungkin . science , masa aku darjah 6 , sehari sebelum periksa UPSR science , dia ajar aku . tak pernah pernah aku dapat B , jarang sekali aku lulus , time UPSR Alhamdulillah aku dapat A , addmath , tak pernah pun aku dapat 40 keatas . dia ajar aku dalam 2 jam , aku lulus . time UB2 . haha . aa , segan laa kalau aku tulis semua yang aku rasa pada dia kat sini . abang aku istimewa , tidak boleh dikongsi . haha , pendamkan saja dalam hati .

abang zubayr ?
yaa . bila aku fikir balik , asal aku rasa dia macam abang , mesti aku takut dengan dia . masa aku darjah 6 , aku nampak abang zubayr macam tenung aku . masa tu dalam musolla . pehh , serius seram . tapi entah kenapa , takut tu makin lama makin hilang . Alhamdulillah . segalanya bermula sejak aku berada di penghujung tingkatan 1 . yaa , tuhan itu Maha Mengetahui . Dia sudah menyusun segalanya . dia muncul saat aku sudah hampir menyerah dalam hidup , krisis identiti , tiada arah tuju , seakan akan tiada matlamat dalam hidup . ketika itu aku perlukan kasih sayang seorang abang . hmm , abang aku sudah ke darul quran . aku hilang tempat mengadu . aku mula rasa hilang takut bila dia tegur aku depan musolla . disebabkan satu urusan , aku semakin dekan dengan dia . hingga akhirnya , aku tidak pernah tidak bertegur dengannya walau sehari . aku pernah cemburu dengan senior aku sebab dia . haha :D bagi aku , dia aku punya . haih , tak tahu malu betulla . haha . terima kasih banyak sangat yaa . dulu , aa , tahun lepas tak silap . masa aku baru tahu dakwah fardhiyyah tu apa , kakak aku bagi aku kesan jika DF seseorang itu berjaya 100 peratus dan bila aku baca , aku teringat dia . yaa , memang kesemuanya berlaku pada aku . haha , terima kasih banyak . tapi aku tahu , mesti ramai lagi yang rasa dia ini abang angkat mereka . haha , kepada mus'ab , jangan marah yaa , haha .
masa UB2 , karangan BI aku pasal dia . sebab ustazah tak bagi tulis pasal family members , aku cerita pasal dia :D

aku . rindu . abang . aku

#doa doa laa mereka berdua ni tak baca post ni . malu aku . haha , 11 hari je kot aku biarkan post ni . lepah ni delete naa . haha . aku bukannya reti nak mengarang .

haa , sebenarnya , dari tahun lepas lagi aku nak post khas mengenai naqib2 yang telah membimbing aku . baru ingat sekarang . tuhan belum mengizinkan mungkin . terima kasih abang syahir , abang irfan , abang ammar     ( aku tak pernah panggil dia abang kot selama ni . apalaa ), abang zubayr dan sekarang, pakcik zul :D aa , ada ke nama yang aku tertinggal ? doa doa laa takde .

Friday, November 25, 2011

KKPA dan projek komp :D

..::bismillah::..

hmm , kkpa . cuak juga aku sebenarnya bila dengar akaun kena buat kerja kursus . masa tu aku form3 . memang dari dulu berhajat nak ambil akaun . lagipun aku tak minat sangat science ni . haha . tapi aku paling minat physics kot :D okeh , bila aku dah dapat tugasan , aku agak gementar . entah kenapa . tugasan diberi dalam masa 2 bulan setengah kot . aku buat punya buat , ada slack sikit . tak lama lepas tu , ustaz kata kementerian nak check . huh , cuak habis . dah la time minggu peperiksaan . kalau nak cuak , gelisah , frust je memanjang memang takda gunanyaa la kan ? so , aku nekad untuk siapkan dalam masa dua hari . hee , bila aku dah siap , baru aku tahu rupa rupanya ustaz pun tak tahu kementerian datang check bila . walhal sekarang ni pun ada yang belum siap . okay , the moral is , (tiru style orang)angan suka tangguhkan kerja . kalau kau boleh buat , buat jela . jangan sampai orang lain susah disebabkan kau :D # apa aku merepek ni ?

kerja komputer ? whoaa , ni lagi dahsyat . aku dah laa pemalas bab komputer ni . dulu dah pernah buat , sekali komp rosak . hilang semuanyaa . huhu . sebenarnya memang tak teringin langsung nak buat , tapi bila ustazah norizah kata komp masuk sekali dalam subjek untuk ihtifal , gabra tak gabra aku . haha , last last , kerja berkumpulan aku buat sorang sorang . alhamdulillah ada abang umayr . boleh dia tolong . tapi dia ajar guna code maa . but aku rasa guna coding memang best gilaa . banyak benda aku tahu . haha . nak aku type kat sini ? :P kau typr jquery.com(kalau tak silap) haa , lebih kurang macam tu laa . haha #alhamdulillah ! aku dapat hadiah Apple Ipad 2 :)) sebab jadi pelanggan bertuah jquery . ok , banyak aku meleweh . cuba bukak www.sayfurrahman.com/abir aku ambil masa dalam 6 jam kot buat benda ni . #tugasan diberi selama 2 bulan setengah :D

Monday, November 14, 2011

-terkenang-

..::BISMILLAH::..

aduh . kadang kadang aku jadi rindu nak berlatih nasyid dengan seilam dan baem . mana tidaknya , buat latihan satu hari sebelum kena buat show di taman entah apa namanya dengan lagu kalau boleh nak bawa lima sekali . sempena raya lagi . kalau tak jadi meriah memang malu laa kami . tapi masa tu ada faiz juga . ammar pula ada hal lain . aku memang tak nak jadi fasi F2 sebab ada benda ni . haha . memang indah . tahun ni sahaja dah ada tiga persembahan nasyid . dua dalam sekolah , satu luar . tahun ini memang aku banyak buat perkara baru . jadi pengarah lakonan hari guru dan hari merdeka . memang dua dua program mereka lepaskan kat aku . skrip , jalan cerita , latihan memang aku kena urus laa kan . kalau tak , apa guna aku dilantik . uniknya , dua dua lakonan aku buat latihan masa hari ahad . huh , kalau boleh memang nak kena last minute . hmm , dah la tu . kalau nak dikenang sangat , respon terbuka pun kalah . memang banyak kenangan tahun ni . semoga tahun tahun akan datang akan menjadi tahun yang jauh lebih baik . insyaAllah !

Thursday, October 27, 2011

pantai~

..::BISMILLAH::..

hah , dah berapa lama laa aku tinggalkan blog ni . alah , lagipun bukannya ada pun orang yang nak menjenguk blog si abir islami ni melainkan kak aqilah . haha . dah ada facebook dah dia sekarang . dulu kalau nakk contact beliau memang kena habiskan kredit , tak pun on skype . akak ilah , post yang ni memang saja nak bagi awak tengok . ada banyak lagi gambar sebenarnya cuma malas nak upload .  











cantik atau tidak gambarnya ? haha . ini gambar di pantai sepat , kuantan . nak tengok gambar main kayak tak ? nanti ya ;) 

*gambar ni abir edit . tu yang sumpah lawa tu . haha :P

Thursday, March 10, 2011

Sungai Lui AIZAT(lyric on screen)


bismillah dulu yaa :)

ntah laa kenapa aku suka dengar lagu nihh.menenangkan mungkin.
[muhsin yang bagitau tajuk]haha kalau tak aku x tahu lagi kott tajuk dia apa.haila.

Monday, December 20, 2010

result PMR 2010

..::BISMILLAH::..

doakan aku yaaaaa.
result pmr lagi 2 hari.selasa+rabu.
sebab nak ambil result PMR ni laaaaaaaa.
mak aku kata,sebelum hari khamis,rambut mesti potong.
haha.dalam banyakbanyak benda,aku paling x nak dengar benda tu laa.
tapi nak buat macammana.mak aku yang suruh.mana bole lawan.durhaka itu namanya.

aku kena 'hilangkan' jugak laa sightburn 6cm + rambut kat belakang 9 cm yang dah buat huruf  U..haha.
tapi masa sebelum potong tuhh.tukang 'magik' tu kata "ehh,x yah potong laa.dah cantik dah ni".
dalam hati aku macam kompius sehh.dia nak puji ke nak keji?.husnudzon laa.haha.tapi cakap mak aku mesti
lagi berkat.haha.potong.jangan tak potong.

masa kem tahfiz,ramai yang cuak.khaikhai pon cuak gakk.padahal trial pon dah 9A.dia kata,manusia ni,kadangkadang kat atas dan kadangkadang kat bawah.tetiba teringat kata mak dia ni trial jea.yang betul punya belum tahu.x bole confident sangat.lastlast.solat hajat jelaa kan?

sape yang baca ataupun terbaca.doakan ehh.huaaa!  9A

nama aku abir.senang jaa kan nak sebut dalam doa.kalau nak lagi best, abir islami.kalau dah rajin sangat. nik mohamad abir al-islami bin nik mohd azam.haa.doakan laa yea.  :)

Monday, December 13, 2010

mereka :)

..::BISMILLAH::..

hidup aku mungkin sunyi tanpa mereka.
aku belajar.aku bermain.aku bercerita.aku berkongsi rahsia dan masalah.aku buat segalanya bersama mereka.

pelajar asarama F3,gambar luqman dan habib x de.huhu.
kalian memang terbaik.
setiap masa bersama.

result periksa pun samasama kongsi.samasama naik dan samasama turun.
teringat aku masa minggu sebelum PMR.entah kenapa,aku ngantuk sangat lepas solat isya'.mungkin sebab main bola x beringat.haha.tapi yang penting,mereka sering menasihati.tapi,aku tetap tidur lepas isya.1 minggu yang dinamakan minggu tidur awal.aku tak tahu kenapa aku tak boleh tahan sangat nak tidur.soleh,amal, terimakasih.

hey,aku rasa kalau korang x de,mungkin duit recycle tu x kan cecah 150 pon laa.terimakasih banyakbanyak tau!.terutama kau saajid.setiap petang kau tolong aku.

masingmasing ada panggilan tersendiri masa kat asrama dulu.dan panggilan itu,tak ramai yang tahu.lagipun mereka tak akan faham kenapa panggilan seperti ini boleh wujud.haha.



terima kasih semua :)

di taman.

rehat di pondok sebelum ke dewan al-qadisiyyah

lagi sekali

orang lain lepak kat tempat yang open.tapi kami.haha

lagi sekali.

ni yang tadi punya.
bersama cermin mata 1 minggu :)

faris.harapharap laa kau jadi pengawas tahun depan :P

afiq belanja :)

recycle + jamuan asrama 

giliran kau belanja kami :)

sedap x?
ni abg paling kuat...menganjing.haha

rambut baru.

aku pun.air kotak tu simbol menganjing daripada mereka.

bila aku botak tengah.macam ni laa.

pembantu aku dan pengarah jamuan asrama :)

couple of the year?

soleh ,kau yang terbaik!

ni time lepas jamuan :)

amal,kau pun same:)

penuh dengan signboard laa.

jangan merokok!

teman tapi mesra :)

ohh.terlupa pula.semua gambar ni x kan ada tanpa adanya kamera ustazah fatimah :))
tq zah!